Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta 'Alam...Selawat dan salam kita panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan qudwah dan uswah kita semua. Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang masih terus menerus memberikan kita nikmat yang tiada putusnya walaupun kita sedikit sekali bersyukur kepadaNya bahkan sering kufur akan segala nikmat yang diberikan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan maksiat yang saban hari kita lakukan atas kelemahan iman kita sendiri.
Hari ini negara kita diriuhkan dengan keputusan PMR yang baru dikeluarkan oleh pihak pendidikan. Tangisan kegembiraan jelas terpampang di wajah pelajar yang mendapat nikmat keputusan yang memberangsangkan, namun tangisan kegembiraan dan kesyukuran lebih bercahaya jelasnya di wajah para ibu bapa yang merasakan terbayar segala penat lelah menghantar dan membiaya anak-anak mereka dalam rangka menjadikan anak mereka menjadi seorang yang berilmu dan mendapat kecemerlangan semaksimanya walau si anak tidak tahu kepayahan yang dihadapi mereka. Namun, ada juga tangisan kesedihan dan kekecewaan yang muncul di riak wajah anak remaja kita pada hari ini, namun tetap redha dan pasrah serta terus perbaiki diri kerana merasakan belum memberikan yang terbaik pada waktu ini. Semoga adik-adik semua sentiasa bersyukur dan tawakkal akan ketentuan yang Maha Memberi Rezeki. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik-adik PMR yang berjaya meraih keputusan yang setimpal dengan usaha yang terbaik telah diberikan semampu yang boleh termasuk adik kandung saya sendiri.
Sidang pembaca yang dipilih Allah,
Dikesempatan ini, tergerak hati ini ingin mengajak diri sendiri serta pembaca sekalian untuk merenung sementara beberapa peringatan untuk kita bersama. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini menjadi penebus dosa dan maksiat yang terus menerus saya lakukan serta menjadi amanah buat saya agar menjadi yang pertama beramal dengan apa yang saya sampaikan. Sepotong hadith pembuka bicara topik pada kali ini:
"..Ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI." (HR. Bukhori dan Muslim)
Dahsyatnya perumpaan yang disampaikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Satu pengibaratan yang mengangkat martabat seketul daging yang mampu mempengaruhi seluruh jasad. Marilah kita dalam tazkirah kali ini kita cuba mencari kembali seketul daging yang mampu memberi impak yang besar dalam diri kita. Memang benar hati pada zahirnya memang berada di dalam dada, secara fizikal nampak utuh terpacak sebagai organ kita, namun, adakah dari segi rohaninya cukup subur dan suci dari bintik-bintik hitam yang menodai hati itu, bahkan mungkin pada zahirnya kita mempunyai hati namun pada lahiriahnya kita sebenarnya tidak mempunyai hati. Saya cuba bawakan satu kaedah pencarian hati melalui.....
teruskan membaca di http://sabahanmusli m.blogspot. com/2009/ 12/di-mana- hatiku..html
Jazakumullah. .
0 comments:
Post a Comment