BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 31, 2009

pening...pusing...pengsan....

imtihan semakin hampir
kesesakkan serta keserabutan otak menerjahku
betapa sukar untuk menghadapinya
kalau tiada persiapan dan bekalan
fuhhhhh...
memang pening.....
berpadu suara adlah penyelasaian yang paling baik
berhijrah di negara orang
mengatur kehidupan perlulah bijak
supaya semuanya lancar dan teratur
jika tidak kita akan terjerumus ke lembah sengsara
dan terlena dengan buaian mimpi yang indah cuma sementara
jadi persiapan kena mantap untuk menghadapinya sebelum menyesal

sekian...

Wednesday, December 30, 2009

KAUM HAWA




Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


Fulla anak patung Islam



Komuniti sepaku.net
DIKATAKAN Fulla menggugat populariti dan pasaran patung Barbie (kiri).

ANAK patung Barbie atau boneka yang di dewasakan imejnya melalui pelbagai fesyen baju dan gaya sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia sebenarnya ada pesaing yang hebat!

Tidak kurang comel dan menarik, boneka yang menjadi saingan kepada Barbie itu bertambah comel. Ini apabila rambutnya yang hitam halus itu dilitupi skarf dan dalam aksi dan gaya yang lebih sopan dan manis, tanpa menampakkan sebarang aurat yang terdedah.

Boneka tersebut merupakan kelahiran Islam yang diberi nama Fulla, asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.

Jika patung Barbie membawakan fenomena yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berkhayal untuk menjadi wanita yang cantik dan bergaya tetapi berbeza jika mereka bermain dengan anak patung Fulla.
Ini termasuk dalam iklan-iklan komersial bagi mempromosikan anak patung ini, menyaksikan bagaimana anak patung itu akan mendirikan solat subuh, menghadiahkan kek sebagai hadiah yang mengejutkan buat kawan-kawannya. Sehinggalah jangan lupa memakaikan Fulla, jubah kesukaannya ketika membawanya keluar berjalan-jalan!



Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.
Fulla 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005. Ketika mula-mula Fulla dilahirkan, kesemua stok anak patung ini habis dijual dalam tempoh 15 hari sahaja. Iaitu set anak patung Fulla bersama sehelai sejadah kecil, skirt labuh dan skarf yang dijual dengan harga RM140, ia mendapat sambutan hangat.

Pengurus Syarikat NewBoy, Fawaz Abidin berkata, Fulla adalah untuk pasaran Arab. Ia bukan bertujuan menjadi saingan kepada Barbie tetapi satu refleks kepada nilai-nilai Arab dan Islam itu sendiri.
"Fulla bukan seorang anak gadis yang seksi tetapi dia seorang yang jujur, pengasih dan mengambil berat serta menghormati kedua-dua orang tua, iaitu sifat-sifat yang semua ibu bapa orang Arab mahukan terhadap anak mereka," katanya.

Jika anak patung Barbie terkenal dengan rambut perangnya manakala Fulla mempunyai rambut hitam dan mempunyai anak mata bundar berwarna coklat.
Fulla memakai busana jubah dan berskarf di kepala tanpa perlu menutup muka.
"Mungkin agak berlebihan jika Fulla mengenakan jilbab, dalam Islam adalah tidak wajib untuk wanita-wanitanya menutup muka. Kita tidak mahu dituduh sebagai terlalu ekstremis," kata Fawaz.
Dara dan Sara

Namun fakta yang menarik, kedua-dua anak patung ini, Barbie dan Fulla masing-masing dikeluarkan dari kilang yang sama di China.
Ini kerana kilang tersebut tidak bermasalah untuk mengeluarkan patung tersebut yang diperbuat dari bahan yang sama, cuma berbeza bentuk di samping kilang tersebut mampu memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh Amerika dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Fulla turut didatangi dengan dua lagi rakannya, iaitu Nada dan Yasmeen tetapi terdapat juga anak patung 'Cikgu Fulla' dan 'Doktor Fulla'. Ia bertujuan menggalakkan anak perempuan apabila dewasa kelak menjadi guru dan doktor yang baik serta berguna untuk masyarakat mereka.
Apabila ditanya mengapa Fulla tidak didatangkan dengan pasangan atau teman lelaki sebagaimana Barbie yang mempunyai Ken untuk dipadankan bersama, Fawaz berkata, bukan menjadi satu budaya bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin berpasang-pasangan dan beliau tidak mahu merosakkan imej yang telah ditetapkan.
Berbeza pula di Iran, kanak-kanak di sana gembira dengan kehadiran anak patung yang dikenali sebagai Dara dan Sara, sebagai pengganti Ken dan Barbie.

Dara dan Sara dilahirkan juga sebagai mengimbangi pasaran anak-anak patung Amerika dan semua aksesori patung yang membanjiri pasaran Iran.
Di samping anak patung Barbie itu mempunyai penampilan diri yang asing dari budaya Iran. Sehingga dikatakan anak patung Barbie itu lebih bahaya berbanding senjata perang Amerika.



Yang menariknya anak patung Dara dan Sara ini dilahirkan oleh sebuah institut pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Iran, iaitu Institut Pembangunan Intelektual untuk Kanak-kanak dan Remaja.
Anak-anak patung mereka jadikan satu produk penting sebagai strategi mengekalkan warisan tempatan dari terpengaruh dari gaya dan budaya yang dibawa oleh anak patung yang dibawa dari luar khususnya dari Barat.
Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.

Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.

Kenapa mesti dihalang? Ini kerana Islam sendiri membenarkan.
Hukumnya harus kerana ada riwayat daripada Nabi SAW yang memberi rukhsah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengecualian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a berkata yang maksudnya:
"Sewaktu Rasulullah SAW (sampai di rumah) daripada peperangan Tabuk atau Khaibar, pada rak (kepunyaan Aisyah) ada kain penutup, lalu angin berhembus, maka tersingkap tepi kain penutup itu (sehingga) menampakkan beberapa anak patung perempuan mainan Aisyah. Maka Baginda bersabda: "Apa ini wahai Aisyah?" Aisyah menjawab: "Anak-anak patung perempuan milikku". Dan Baginda terlihat pula di antara patung-patung tersebut ada patung kuda yang mempunyai dua sayap yang bertambah. Lalu Baginda bersabda: "Apa benda di atas kuda ini?" Aisyah menjawab: "Dua sayap". Baginda bersabda: "Kuda ada dua sayap?" Aisyah menjawab: "Tidakkah Tuan pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?" Aisyah berkata (menceritakan selanjutnya): "Maka Rasulullah tertawa sehingga aku melihat gigi-gigi geraham Baginda". (riwayat Abu Daud).

Daripada hadis ini, jelas menerangkan bahawa patung permainan bagi kanak-kanak adalah harus membuatnya dan memanfaatkannya berdasarkan tidak ada tegahan daripada Nabi SAW ketika melihatnya.

Diharapkan ada usahawan tempatan yang sudi untuk membawa masuk ke negara ini, pastinya pengaruh Fulla dapat dikongsi bersama!

saingan sehat antara barbie doll n fulla Komuniti sepaku.net

__________________

Komuniti sepaku.net~TaK HeNtI HaTi InI MeNyEbUt NaMaMu, TaK HeNti JuA DeGuPaN RiNdU InI MeMaLu JaNtUnGkU

Petikan artikel yang diambil dari akhbar UTUSAN MELAYU

Tuesday, December 29, 2009

:: KETAHUILAH HATIMU ::




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM




Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta 'Alam...Selawat dan salam kita panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan qudwah dan uswah kita semua. Setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang masih terus menerus memberikan kita nikmat yang tiada putusnya walaupun kita sedikit sekali bersyukur kepadaNya bahkan sering kufur akan segala nikmat yang diberikan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan maksiat yang saban hari kita lakukan atas kelemahan iman kita sendiri.

Hari ini negara kita diriuhkan dengan keputusan PMR yang baru dikeluarkan oleh pihak pendidikan. Tangisan kegembiraan jelas terpampang di wajah pelajar yang mendapat nikmat keputusan yang memberangsangkan, namun tangisan kegembiraan dan kesyukuran lebih bercahaya jelasnya di wajah para ibu bapa yang merasakan terbayar segala penat lelah menghantar dan membiaya anak-anak mereka dalam rangka menjadikan anak mereka menjadi seorang yang berilmu dan mendapat kecemerlangan semaksimanya walau si anak tidak tahu kepayahan yang dihadapi mereka. Namun, ada juga tangisan kesedihan dan kekecewaan yang muncul di riak wajah anak remaja kita pada hari ini, namun tetap redha dan pasrah serta terus perbaiki diri kerana merasakan belum memberikan yang terbaik pada waktu ini. Semoga adik-adik semua sentiasa bersyukur dan tawakkal akan ketentuan yang Maha Memberi Rezeki. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada adik-adik PMR yang berjaya meraih keputusan yang setimpal dengan usaha yang terbaik telah diberikan semampu yang boleh termasuk adik kandung saya sendiri.

Sidang pembaca yang dipilih Allah,

Dikesempatan ini, tergerak hati ini ingin mengajak diri sendiri serta pembaca sekalian untuk merenung sementara beberapa peringatan untuk kita bersama. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini menjadi penebus dosa dan maksiat yang terus menerus saya lakukan serta menjadi amanah buat saya agar menjadi yang pertama beramal dengan apa yang saya sampaikan. Sepotong hadith pembuka bicara topik pada kali ini:

"..Ketahuilah, bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah HATI." (HR. Bukhori dan Muslim)

Dahsyatnya perumpaan yang disampaikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Satu pengibaratan yang mengangkat martabat seketul daging yang mampu mempengaruhi seluruh jasad. Marilah kita dalam tazkirah kali ini kita cuba mencari kembali seketul daging yang mampu memberi impak yang besar dalam diri kita. Memang benar hati pada zahirnya memang berada di dalam dada, secara fizikal nampak utuh terpacak sebagai organ kita, namun, adakah dari segi rohaninya cukup subur dan suci dari bintik-bintik hitam yang menodai hati itu, bahkan mungkin pada zahirnya kita mempunyai hati namun pada lahiriahnya kita sebenarnya tidak mempunyai hati. Saya cuba bawakan satu kaedah pencarian hati melalui.....


Jazakumullah. .

:: APA YANG ADA PADA TUDUNG ::



""Di awal 90-an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah tetapi...... . yes

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya drpd calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. sad

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang- kadang akai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup & hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk drpd mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak semahal wanita yg bertudung awal- awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan berjalan- jalan di taman bunga atau di tempat tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias.. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.

Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata. "(^_^)

:: ACUAN DARIPADA MANA?? ::



LELAKI ACUAN AL-QUR’AN
IALAH SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
YANG HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH
YANG SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
YANG SENTIASA DAHAGA DENGAN PAHALA
YANG SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
YANG TIDAK PERNAH TAKUT BERKATA BENAR
YANG TIDAK GENTAR MELAWAN NAFSU

LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG MENJAGA TUTUR KATANYA
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN ILMU YANG DIMILIKI
YANG TIDAK BERMEGAH DENGAN HARTA DUNIA YANG DICARI
YANG SENTIASA BERBUAT KEBAIKAN KERANA SIFATNYA PENYAYANG
YANG MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
DAN TIDAK MEMPUNYAI MUSUH YANG BERSIFAT JEMBALANG

LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG MENGHORMATI IBUNYA
YANG SENTIASA BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA DAN KELUARGANYA
YANG BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
YANG AKAN MENDIDIK ANAK MENDALAMI AGAMA ISLAM
YANG MENGAMALKAN HIDUP DENGAN KESEDERHANAAN
KERANA DUNIA BAGINYA RUMAH SEMENTARA MENUNGGU AKHIRAT

LELAKI ACUAN AL-QURAN IALAH LELAKI YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK AGAMANYA
YANG HIDUP DIBAWAH NANUNGAN AL-QURAN
DAN MENCONTOHI SIFAT RASULULLAH S.A.W DAN KHALIFAH ALLAH SENDIRI
YANG BOLEH DIAJAK BERBINCANG DAN BERBICARA
YANG SUJUDNYA PENUH DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T


LELAKI ACUAN AL-QURAN SENTIASA MENGINGATI
YANG BAGINYA DIDUNIA LADANG AKHIRAT
YANG MANA BUAH KEHIDUPAN INI PERLU DIBAJA
DAN DIJAGA MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM SEBELUM HARI KEMUDIAN


LELAKI ACUAN AL-QURAN ADALAH LELAKI YANG TIDAK TERPESONA DENGAN BUAIAN DUNIA
YANG KERANA IA MENGIMPIKAN SYURGA
DISITULAH RUMAH IMPIANNYA
DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN


:: REHAT ::

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di almari- almari anda yang indah, di istana-istana anda yang megah dan di dalam kebun-kebun anda yang hijau itu hanya akan menambah kecemasan dan kesedihan anda sahaja..



Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat ubat yang diberikan doktor, dijual di farmasi, dan diagnosis seorang doktor tidak akan pernah membahagiakan diri anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semua itu hanya akan sia-sia.



Jangan bersedih; kerana anda masih memiliki doa, anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan anda dapat memperoleh ketenangan di depan pintu-pintu Sang Raja Diraja. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam dan masih memiliki waktu untuk merapatkan dahi ke tanah, ataupun bersujud.



Jangan bersedih; kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah, rimbun dan taman-taman dengan tumbuh-tumbuhan yang indah untukmu, kurma-kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, bintang-bintang yang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai. Namun anda bersedih.



Jangan bersedih; kerana anda masih dapat minum air yang jernih, menghirup udara yang segar, berjalan di atas kedua kaki, dan anda juga masih dapat tidur pada malam hari dengan nyenyak.

Wednesday, December 16, 2009

berita gembira

hatiku girang dengan keputusan imtihan qabul
semuanye lulus
jadi kami sume boleh meneruskan pengajian seperti biasa
bermula langkahku meneruskan perjuangan
di bumi ardil kinanah
pesanan ibu dan ayah tidak akn ku lupa
hidup mesti diteruskan
walaupun mehnah mendatangi diri
ujian tetap ujian
sebagai hamba yang kerdil
hendaklah sentiasa sabar dan terima segala ketentuanNYA
YA ALLAH kurniakanlah aku kekuatan fizikal dan mental
untuk mengharungi hidup yang penuh cabaran ini..
kepadaMU kami meminta pertolongan
dan kepadaMU kami kembali
menghadapMU YA RABBUL IZZATI...

Thursday, December 10, 2009

:: keRaNa CinTA ::

CINTA ITU CAHAYA SANUBARI
KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI
DAN DI MANA TERCIPTANYA CINTA
DI SITU RINDU BERMULA..

CINTA ITU TIDAK PERNAH MEMINTA
TETAPI MEMBERI SEPENUH RELA
RASA BAHGIA BIARPUN SENGSARA
BERKORBAN SEGALA-GALA..

SEMUA KERANA CINTA
YANG PAHIT MANIS DIRASA
MENGHIBUR NESTAPA
MERAWAT LUKA
DAMAI DIJIWA
TERPADAM API BENCI PERMUSUHAN
TERJALINLAH KASIH SAYANG
BEGITULAH CINTA YANG DIIDAMKAN
TANPA NAFSU YANG MENCEMARKAN

DAN JANGAN PULA KERANA BERCINTA
KITA PUN LEKA ENTAH KE MANA
DAN JANGAN PULA KERANA BERCINTA
TERGADAI SEMUA MARUAH AGAMA

CINTA YANG SEJATI HANYA CINTA KAN ILLAHI
CINTA AYAH BONDA TULUS SUCI SELAMANYA
CINTAKAN SAUDARA MASA BERADA HANYA SEMENTARA
CINTA SESAMA ISLAM SUBURKAN DENGAN KETAQWAAN


Tuesday, December 8, 2009


kenangan bergmbar dengan ustaz daurah bahasa arab....ustaz mahmud

imtIhaN bAkaL MeNjeLmA........

semacam mimpi rasenyer..
aq kini memang berada di bumi anbiya' ini..
segala rentak hidup di sini harus aq pelajari
untuk kemudahanku
muhadarah sudah masuk 2 bulan berlangsung
nak tak nak
faham tak faham
aq kene hadapi kenyataan
mcm nak menangis pun ade
mse msuk kuliah first2 dulu
tapi lame2
ALHAMDULILLAH
bak kate pepatah"ckit2 lme2 jd bukit"
usha tangga kejyaan....
bln 1 ni dh mle imtihn fasa 1..
syukbah usuluddin ade 6 madah
fasa 2.. 10 madah..MANTOP..=)
semuanyer 16 madah....
stakat ni madah fasa 1
nahu wa sarf,mantiq,ulum quran,tarikh sunnah,nuzum islamiah,feqh...
nmpk ckit
tp..MASYAALLAH..
nk abiskan bce...payah tol...
lg2 ngah musim sjuk ni..
asik nktdo je..
sbb x tahan sjuk kn...
selimut dlm lihaf r pe lg..
huhuhuhuhh.......
memg sjuk x terkate....
ni kt MESIR..
y x de snow...
lau de...pehhhhhhhhh..sjuk gler....x than beb...huhuhhuh

Sunday, December 6, 2009

:: SALAM UKHUWAH ::

di sini saye ingin coretkan sedkit kenangan pahit y x akan lupe sampai bile2.......huhuhuh..
berMulanyA kisah.........................
PadA suatu haRI..........jeng3.....

azamku ingin melanjutkan pengajian di bumi kinanah ini sungguh menggunung tinggi...
ingin faqih dalam bab2 agama dan boleh menyelesaikan masalah umat....
tetapi ALLAH nak uji kita setakat mane kemampuan yang kita ade......
berbekalkan doa dan semangat...sampai juga hajatku untuk ke sini...dengan dodrongan ibu dan ayah,saudara mara,serta jiran tetangga....
saye kumpulkan kekuatan tok meneruskan perjuangan.....
bisikan syaitan menghasut batinku untuk meninggalkan ini sume.......
tp aku dapat tepis itu sume.....
tp dugaan lain y menimpa......
pada malam kenduri doa selamatku untuk ke sini.....
telah berlaku 1 kemalangan jiwa........tanganku terkena minyak panas..
memang kalau goreng ikan...dah garing ikan 2...lagikan tangan yang berkulit nipis ni....
YA ALLAH betapa sakitnya waktu itu..
hanya DIA je y taw.......semacam mimpi..tp itulah kenyataan.....menggigil aq menahan kesakitan yang teramat sangat sampai kejang seluruh tubuh badan........seksa betol.......memang ALLAh sedang menguji.....aq risau betol lg seminggu je nak bertolak ke bumi Mesir ni......
mcm2 y aq pkirkn.........masalhnye tgn kanan......ibu nga ayah dh risau nk lepskn anak perempuan sulung dye ke sini......mase 2 memg menguji hati tol....nak ke x nak gi....bayangkan r betapa terseksa jiwa ni klau kita memag x tetp pendirian..................
pada hari bertolak ke Senai......saudara mara anta sampai airport Senai.....terharu r gak....sdih pun de.....dgn tgn y berbalut ni....memg seksa..........tp dgn keprihatinn kwn2...mrka sume beri kerjasama bawakn beg........sblum ke msir transit di BAhRain.......tp sblum di BAHRAIN
transit di KLIA........jumpe r sume....de r dtg dr USIM....semate2 nk tengok kteorg g........
sedih glerrrrrrr........tp x ley tahan......time aq salam sume org..aq soh doakan kuatkn diri ni.....tabah ngan dugaan y menimpa........itupun sudh memadai rsenye.......tp x sangka sangat2 k zati de skali........saje ym ngan dye mlm sblum nk b'tolak 2..tibe2 dye dtg gak.....rse mcm jantung nk t'keluar tp msuk masuk blek....huhhuuuuuuuh....k kimah pun same tlong dba checkin bagasi....lau kecik x pe...beso gabak.huhhu.......tp ALHAMDULILLAH sumernyer berjalan ngan lancar dengan adenyer bantuan2 dyeorg........jazakallahu khairan kathoran kullukum jamian.....

Monday, November 30, 2009

DOAKAN KEJAYAAN KAMI SEMUA...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

kepadamu kami meminta pertolongan dan bantuan,
dengan segala kekuatanMU kami sentiasa bermunajat kepadaMU,
apalah daya kami YA ALLAH,
hanya yang berbekalkan iman,
yang mana boleh berkurang dan meningkat,
semuanya bergantung kepadaMU,
jadikanlah kami hamba yang sentiasa menyebut namaMU,
jangan jadikan diri kami jauh dari rahmatMU,
jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah,
dan juga taat kepada suruhan agama,
tetapkanlah hati kami dalam menjalani perintah dan ibadah kepadaMU,
sesungguhnya kami hanya berusaha hanya KAU yang menentukan,
mudahkanlah segala urusan kami di sini YA ALLAH,
kami merayu YA ALLAH,
tiada yang selayak daripadaMU YA ALLAH....
ampunkanlah kami jika senang kami mudah melupakanMU,
apabila susah baru mendekatiMU,
layakkah kami ingin berhadapan denganMU di padang mahsyar nanti,
terlalu banyak dosa dan maksiat yang kami telah lakukan,
terasa diri ini semakin hina dan jauh dari pandanganMU,
YA ALLAH.......................
dengarkanlah rintihan kami ini.....
kurniakan kami kejayaan di dunia dan di akhirat.
khususan liimtihan qabul,
semoga kami semua diterima untuk melanjutkan pengajian kami disini dengan mudah dan tenang,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami dan kurniakanlah mereka kesihatah serta kesejahteraan yang berpanjangan,
lindungilah mereka senantiasa dalam rahmatMU.......
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN........

Saturday, November 28, 2009

SEDIH DAN GEMBIRA

27 NOVEMBER 2009 ADALAH TARIKH YANG TAK AKAN DILUPAKAN OLEH PELAJAR MUSTAGID KHUSUSNYA...
TAHUN INI ADALAH TAHUN PERTAMA KAMI MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA DI BUMI KINANAH INI....
TERASA TERUJA SANGAT
SEDIH 2 ADALAH GAK..
X NORMAL R KALAU TAK SEDIH..
..........................huhuhuhuhuhuhu......................
TAPI TAK PE JE KAT SINI RAMAI KAKAK2 SENIOR
UKHUWAH KAMI SEMAKIN HARI SEMAKIN RAPAT DENGAN ADDANYA PRORAM SEBEGINI
BARULAH KAMI SEDAR BETAPA PENTINGNYA UKHUWAH DI KALANGAN MUJTAMA'
MENCARI PENGALAMAN BARU UNTUK PEDOMAN MASA HADAPAN..
POYO TOL RASENYER AYAT NI...
TAPI PEDULI APE....
IKHWAH DAN AKHAWAT SALING BERGABUNG TENAGA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI SECARA GILANG GEMILANG..
ALHAMDULILLAH SUMERNYER BERJALAN DENGAN TERATUR DAN LANCAR.
TAHUN NI ADE 2 EKOR UNTA, 1 LEMBU & 16 KAMBING...
TAK DAPAT R DEN NAK TENGOK SEBAB KENE DUDUK KAT DAPUR TOLONG KAKAK NI MASAK.....
BARU NAK TENGOK HAIWAN2 TU KENE SEMBELIH...
TAPI ADE LAGI 1 EKOR KAMBING Y BELOM DISEMBELIH
NAK TAW SEBAB APE????
HAHAHHAH
SEBAB KAMBING TU MENGGIGIL...
TAKUT SANGAT KOT....
JANGAN RISAU KAMBING 2 SUDAH SELAMAT DISEMBELIH AKHIRNYER..
WWWWAWWAWWAWWA..
2 CITER KAT UMA HAYYU THAMIN....
SKANG NI NAK CITER KAT UMA JOHOR DI HAYYU RABI'
28 PLAK DE
MAJLIS PERASMIAN BI'AH SOLEHAH DAN MUZAKARH BERKELOMPOK...
GEREK GAK R....
huhuhuhuhuhhuhuhuhuhuhuhu
USTAZ HANIP PERASMI KAMI..
IAITU ABG LONG KAMI..
DE GAK PRESIDEN PMRAM..
X INGAT PLAK NAME DYE TETIBE.....
uhuuhuhu
Y PENTING BES R............MACAM ADE....
KULLU 'AMIN WAANTUM BIKHAIR.....

Wednesday, November 25, 2009

UJIAN KAMI


ImtiHaN QaBuL...
pada jam 2 ptg td kami sume g imtihn..
x tw r nk ckp cmne..
betape berdebrnyer ati..
ye r
imthn tok kemasukn jami'ah al-azhar
lau x najah
kne ikut daurah bahasa arab setahun
huhuhuhuu..
insyaALLAH sumernyer
binnajah wat taufiq
AMIN...
tawakkalna alallah..
segalanya ketentuan adalah daripadaNYA..
mane y terbek itulah pilihn y terbek bg kami..
YA ALLAH..ringanknlh kerisauan di hati kami ini
segalanya kami serahkn kepadaMU YA ALLAH..

Tuesday, November 17, 2009

PUNDAK YANG SATU

NIATKU....
MELANGKAH KAKIKU KE KAWASAN YANG TANDUS,
DENGAN TUJUAN YANG SATU,
UNTUK MENGISLAH DIRI YANG SEDIA LEMAH DAN HINA INI,
BEBRBEKALKAN KEKUATAN YANG ENGKAU BERIKAN KEPADAKU,
UNTUK MENEMPUH SEGALA CUBAAN YANG AKAN MENERJAHKU,
KEPADAMU AKU BERSERAH,
DAN BERTAWAKAL,
TINGKATKANLAH IMAN DAN TAQWA KEPADAMU,
AGAR JIWA INI TIDAK LEKA DENGAN PERMAINAN DUNIA,
HIDUPKANLAH HATIKU DENGAN SENTIASA MEMUJIMU,
AGAR TIDAK JAUH DARIPADAMU,
SESUNGGUHNYA HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH...