BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 3, 2010

:: hanafi gurl'z ::


ya asdiqoi jamian....
disinilah kita mengorak langkah
disinilah kita mengatur langkah
tidak pernak kenal erti jemu
untuk bekalan duniawi dan ukhrawi
atas sokongan dan dorongan muallim dan muallimah
kita menjadi manusia berguna
walaupun hanya seketika
walaupun hanya sementara
itu semua tidak penting
yang penting hanyalah ilmu
untuk diabadikan dalam jiwa ini

ya asdiqoi jamian.....
disinilah kita bertemu
disinilah kita berpisah
walaupun sebentar kita bertemu
kenangan itu akan tetap tersemat dalam jiwa
suka,duka,pahit,maung...semuanya pernah berlaku
betul tak.....
tetapi itu semua mengajar erti hidup

ya asdiqoi jamian...
tujuan kita satu
berjaya dunia dan akhirat
tapi yang paling aula adalah
MUMTAZ dalam imtihan yang dihadapi
pulun sehabis pulun
imtihan sekali tidak mencukupi
kenelah imtihan banyak kali
baru menguji tahap kepintaran kita
YA ALLAH.. tapi itu semua dugaan
yang harus dihadapi

ya asdiqoi jamian
hari demi hari
waktu demi waktu
masa demi masa
tibalah saat kita berpisah
menuju kearah yang berbeda
untuk mengecap kejayaan yang diimpikan
agar tercapai..insyaALLAH...

ya asdiqoi jamin
tapi jangan lupa kawan-kawanku
sentiasalah kita mengenang jasa dan pengorbanan
muallim dan muallimah kita
kerana disitu adanya
rahmat dan keberkatan ALLAH s.w.t
bagi yang sesiapa yang belum menemuinya
carilah ia...
jikalau tidak kamu akan tergolong dalam khosirun
YA ALLAH berkatilah ilmu yang kami pelajari ini
agar ia beroleh keberkatan dariMU
dan semoga ia akan berkekalan sebagai panduan hidup
dan tidak hilang seperti terputusnya layang-layang
dek diterbangkan angin
dan tidak tahu kemana arah menghilangya...

sekian,wassalam





0 comments: